Wednesday 6 April 2016

Kenali Mereka...

Rakyat Afghanistan cenderung mempertahankan gaya hidup yang telah ada saat mereka belum melakukan migrasi. Dengan keadaan yang tertutup oleh pergunungan, mereka dapat melakukan apa yang mereka inginkan dan hidup dengan cara yang mereka pilih. Mereka hidup dari hasil pertanian dan menternak haiwan untuk mencukupi keperluan seharian. Hal ini menjadikan mereka lebih cenderung kepada nilai budaya 'Amiable' iaitu mudah bertolak ansur, bersikap terbuka, boleh diharap dan mendukung. Segala sikap ini mencerminkan rakyat mereka merupakan masyarakat yang pemalu. 








Dari segi dimensi budaya pula, masyarakat Afghanistan sangat menjaga keharmonian hubungan dengan alam. Hal ini dapat dilihat daripada penempatan mereka yang tertumpu di kawasan-kawasan seperti di kaki pergunungan. Selain itu, mereka juga tergolong dalam masyarakat yang mengutamakan sistem hieraki iaitu menghormati yang lebih tua. Mereka juga memiliki sikap malu yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka terdorong untuk tidak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. 




Masyarakat Afghanistan memiliki dua bahasa utama iaitu Dari dan Pashto. Bahasa Dari merupakan dialek dari bahasa Persia yang digunakan secara meluas di wilayah utara dan tengah Afghanistan manakala penggunaan bahasa Pashto lebih menonjol di wilayah selatan. Selain dua bahasa tersebut, sebahagian populasi Afghanistan juga menggunakan bahasa lain seperti Uzbekistan, Balochi dan Tukmen. Jika dilihat dari bahasa badan, majoriti masyarakat Afghanistan kurang bercakap dan lebih tenang apabila berbicara.





No comments:

Post a Comment