Thursday 7 April 2016

Keistimewaan Budaya

PAKAIAN

Secara tradisional, pakaian masyarakat Afghanistan biasanya dihiasi dengan rekaan yang indah dan menampilkan pelbagai warna. Namun, syariat Islam menetapkan norma-norma yang ketat tentang cara berpakaian mereka. Para lelaki biasanya akan memakai salwar-kameez manakala kaum perempuan akan mengenakan burqa. 










MAKANAN

Hasil pertanian utama Afghanistan antaranya ialah gandum, jagung, barli dan beras. Rempah ratus seperti kunyit, ketumbar, buah pelaga, lada hitam dan pudina merupakan hasil bumi dan menjadi sebahagian daripada masakan utama mereka. Pelbagai jenis makanan Afghanistan antaranya ialah shorba (sup), koftas (sejenis bakso), dan qabuli Palao. Negara ini juga dikenali sebagai pengeluar anggur dan buah-buahan kering.


                                                                      QABULI PALAO
                             
                                                                 
                                                                         SHORBA




                                                                           KOFTAS

PERAYAAN

Warga Afghanistan memiliki tradisi untuk merayakn Nawroz iaitu perayaan tahun baru dalam kalendar Persia. Pada tahun 2016, Tahun Baru Persia 1395 jatuh pada minggu (20/3). Perayaan besar tersebut diikuti oleh ribuan manusia dari segenap lapisan masyarakat. Perayaan ini diselenggarakan di wilayah suci Mazar-e-Sakhi, di Kota Mazar-e-Sharif, Afghanistan. Mereka juga menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sepertimana masyarakat Malaysia.






Wednesday 6 April 2016

Kenali Mereka...

Rakyat Afghanistan cenderung mempertahankan gaya hidup yang telah ada saat mereka belum melakukan migrasi. Dengan keadaan yang tertutup oleh pergunungan, mereka dapat melakukan apa yang mereka inginkan dan hidup dengan cara yang mereka pilih. Mereka hidup dari hasil pertanian dan menternak haiwan untuk mencukupi keperluan seharian. Hal ini menjadikan mereka lebih cenderung kepada nilai budaya 'Amiable' iaitu mudah bertolak ansur, bersikap terbuka, boleh diharap dan mendukung. Segala sikap ini mencerminkan rakyat mereka merupakan masyarakat yang pemalu. 








Dari segi dimensi budaya pula, masyarakat Afghanistan sangat menjaga keharmonian hubungan dengan alam. Hal ini dapat dilihat daripada penempatan mereka yang tertumpu di kawasan-kawasan seperti di kaki pergunungan. Selain itu, mereka juga tergolong dalam masyarakat yang mengutamakan sistem hieraki iaitu menghormati yang lebih tua. Mereka juga memiliki sikap malu yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka terdorong untuk tidak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. 




Masyarakat Afghanistan memiliki dua bahasa utama iaitu Dari dan Pashto. Bahasa Dari merupakan dialek dari bahasa Persia yang digunakan secara meluas di wilayah utara dan tengah Afghanistan manakala penggunaan bahasa Pashto lebih menonjol di wilayah selatan. Selain dua bahasa tersebut, sebahagian populasi Afghanistan juga menggunakan bahasa lain seperti Uzbekistan, Balochi dan Tukmen. Jika dilihat dari bahasa badan, majoriti masyarakat Afghanistan kurang bercakap dan lebih tenang apabila berbicara.





Jom Kenali Afghanistan!

Assalamualaikum & salam sejahtera. ;)


Pada post kali ini, kami ingin membawa anda menelesuri sebuah negara yang jarang sekali menjadi tumpuan dunia tetapi tidak kurang indahnya pada pandangan mata. Negara Afghanistan--negara yang terkurung di daratan, memiliki luas sekitar 251.772 batu persegi di bahagian selatan-tengah benua Asia. Negara ini bersempadan langsung dengan negara-negara lain seperti Pakistan, Iran, Turkmenistan, Uzbekistan dan China.



Menjadi salah seorang penuntut di UIAM Gombak, memberi peluang kepada kami untuk mengenali seorang gadis yang berasal dari negara tersebut. Sharifa Bahar Sayed Nadir, merupakan seorang pelajar berumur 26 tahun serta mengambil jurusan Informasi, Komunikasi dan Teknologi di UIAM. Beliau mula menuntut di sini pada bulan September 2012.